Home | KANAK-KANAK RIANG KANAK-KANAK CEMERLANG | SYARAT KEMASUKAN | KURIKULUM PRASEKOLAH KEBANGSAAN | KURIKULUM PRASEKOLAH BESTARI IPKS | GALLERI | LEARNING STATION | KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN | AKTIVITI SEPANJANG TAHUN | PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK | Hubungi kami ! | PEKELILING PRASEKOLAH

PRASEKOLAH BESTARI INSTITUT PERGURUAN KENINGAU SABAH

KANAK-KANAK RIANG KANAK-KANAK CEMERLANG

Bahagian ini akan memperkenalkan dengan lebih lanjut berkenaan Prasekolah Bestari Institut Perguruan Keningau Sabah

Prasekolah Bestari IPKS , dilaksanakan berpandukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan . "Pendidikan di Malaysia adalah usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan  insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani , emosi dan jasmani . Usaha ini  adalah bagi  melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan , berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berketerampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta  memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga , masyarakat dan negara.

KONSEP PENDIDIKAN PRASEKOLAH

....ialah satu program yang menyediakan pengalaman pembelajaran kanak-kanak yang berumur 4-6 tahun dalam jangka masa satu atau lebih sebelum masuk ke Tahun satu di sekolah rendah...

prasekolah20.jpg

MATLAMAT PENDIDIKAN PRASEKOLAH

Pendidikan  prasekolah bertujuan menyuburkan potensi kanak-kanak dalam semua aspek perkembangan , menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan  untuk masuk ke sekolah rendah

APA YANG HENDAK DICAPAI DI PRASEKOLAH ?????????

  • membentuk peribadi kanak -kanak dan konsep kendiri yang positif
  • berbahasa dengan betul
  • belajar bahasa kedua
  • mengamalkan nilai Islam
  • mengamalkan nilai murni
  • mahir berfikir
  • matang emosi dan sosial
  • cerdas fizikal
  • kreatif dan menghargai budaya Malaysia

pameranprasekolah05.jpg
TYT Sabah dan Tn.Pengarah KPM sempena Hari Guru

Prasekolah merupakan tempat pertama kanak-kanak mempelajari dan mengalami pelbagai pengalaman dalam kehidupan di luar rumah . Persekitaran yang kondusif membantu anak-anak menjadi individu yang mengamalkan nilai murni dan membentuk sikap dan peribadi yang positif.

Childs Block Rotating


PRASEKOLAH BESTARI INSTITUT PERGURUAN KENINGAU SABAH 2006