JABATAN HAL EHWAL PELAJAR INSTITUT PERGURUAN KENINGAU SABAH ( HEP ) KHAS UNTUK PELATIH BARU

SELAMAT DATANG !!!!
Prasekolah Bestari telah ditubuhkan di bawah pengurusan
dan pentadbiran Institut Perguruan Keningau Sabah Malaysia. Semenjak ditubuhkan pelbagai perkembangan telah
berlaku dari segi bilangan murid , kemudahan fizikal dan tenaga pengajar . Ramai daripada kanak-kanak yang mendapat
pendidikan di sini terdiri daripada anak kakitangan pengajar dan staf sokongan Institut Perguruan Keningau.
KANAK-KANAK RIANG KANAK-KANAK CEMERLANG!!
We worry about what a child will become tomorrow, yet we forget that he / she is someone today.........(stacia)

|
Kami disini percaya sepenuhnya bahawa setiap kanak-kanak itu mempunyai potensi yang akan berkembang mengikut
tahap masing-masing . Semua kanak-kanak mendapat layanan dan tunjuk ajar yang sewajarnya daripada tenaga pengajar yang terlatih
dan mempunyai pengalaman dalam pendidikan awal kanak-kanak .
Pendidikan awal kanak-kanak merupakan pendidikan bukan formal yang sangat penting dalam membentuk pelbagai
perkembanagan kognitif, emosi, kreativiti, fizikal, rohani dan moral kanak-kanak. Prasekolah merupakan antara pendidikan
awal yang banyak mendapat perhatian ibu bapa apabila anak mereka menjangkau usia 6 tahun . Semasa berada di prasekolah, kanak-kanak
melalui pelbagai pengalaman melalui interaksi bersama guru, pembantu dan kanak-kanak lain. Mereka melalui pelbagai situasi
yang mengajak mereka kepada cara hidup dan pemikiran yang sihat.

|