Home | KANAK-KANAK RIANG KANAK-KANAK CEMERLANG | SYARAT KEMASUKAN | KURIKULUM PRASEKOLAH KEBANGSAAN | KURIKULUM PRASEKOLAH BESTARI IPKS | GALLERI | LEARNING STATION | KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN | AKTIVITI SEPANJANG TAHUN | PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK | Hubungi kami ! | PEKELILING PRASEKOLAH

PRASEKOLAH BESTARI INSTITUT PERGURUAN KENINGAU SABAH

KURIKULUM PRASEKOLAH BESTARI IPKS

Pengisian aktiviti pembelajaran

prasekolah2009.jpg

KOMPONEN KURIKULUM PRASEKOLAH BESTARI  IPKS

BAHASA DAN KOMUNIKASI - kemahiran berbahasa, mendengar, bertutur, membaca dan menulis . Murid diajar  konsep menyelesaikan masalah dan kemahiran berfikir melalui pelbagai aktiviti yang terancang. Bahasa yang dipelajari ialah Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

  • kemahiran mendengar - membezakan bunyi
  • kemahiran  membaca- mengucap apa-apa yang ditulis
  • kemahiran bertutur- menyebut bunyi dan perkataan dengan betul
  • kemahiran menulis - kemahiran motor halus untuk membolehkan mereka menulis perkataan dengan betul.

KOMPPONEN KOGNITIF - Mengikut Jean Piaget kognitif seseorang individulah yang menentukan  perkembanagan seluruh aspek yang lain dalam diri kanak-kanak . Komponen kognitif meliputi matapelajaran awal sains dan awal matematik .

  • konsep ruang, pengelasan, konsep nombor,
  • experimen sains
  • menyelesaikan masalah
  • memerhati
  • membanding
  • membeza
  • mengukur
  • meramal dan membuat inferens

PENDIDIKAN ISLAM - menekankan ilmu pengetahuan, kemahiran dan amalan asas yang perlu difahami oleh setiap kanak-kanak muslim. Merangkumi aspek keimanan, kemanusiaan, kemasyarakatan dan kenegaraan. Aspek Pendidikan Islam meliputi:

  • akidah
  • fardu ain
  • akhlak
  •  Al -Quran dan Hadis
  • Sirak Rasulullah S.A.W
  • tulisan jawi

PENDIDIKAN MORAL - aspek pemupukan dan perkembangan nilai serta asas ketatanegaraan untuk diamalkan setiap hari dalam kehidupan

  • perkembangan diri
  • diri dan keluarga
  • diri dan masyarakat
  • diri dengan alam sekitar
  • diri dengan negara

PERKEMBANAGN SOSIOEMOSI - penguasaan emosi dan kemahiran sosial yang matang. seorang kanak- kanak perlulah mempunyai variasi emosi sesuai dengan tahap umur dan amalan kehidupan seharian.

KOMPONEN FIZIKAL - menggalakkan perkembangan dan pertumbuhan fizikal kanak- kanak yang seimbang dan sihat dari aspek psikomotor, kesihatan dan keselamatan. Kanak-kanak perlu diberi pendedahan supaya amalan cara hidup yang sihat diamalakan sehingga mereka dewasa kelak. Aspek utama :

  • perkembangan motor halus
  • perkembangan motor kasar
  • kesihatan
  • keselamatan

KOMPONEN KREATIVITI DAN ESTATIKA- memberi fokus  terhadap  perkembangan  kreatif dan ekspresif melalui imaginasi dan pemikiran. Kanak-kanak dilibatkan dengan pelbagai  aktiviti yang bersifat seni iaitu lukisan, lukisan, muzik, nyanyian, drama dan puisi. Semua ini diajar supaya kanak- kanak mempunyai keyakinan diri yang lebih tinggi dan mengenali pelbagai cita rasa sendiri. Aspek utama:

  • persekitaran dan keindahan alam
  • lukisan dan kraf
  • muzik, nyanyian dan pergerakan kreatif
  • drama dan puisi
  • warisan budaya

 

 

 

 

 

        

 

 

aliscia010.jpg

agama.jpg

playing are children's  way of life..dont take it away from them ....

..

..

...the senses are the source of all intelectual growth and that intellectual development is, therefore, dependent upon the training of the senses. ..by Montessori

Peralatan dan perabot yang  disediakan mengambilkira keperluan fizikal dan emosi kanak-kanak, berwarna warni dan berkualiti !

prasekolah2025.jpg

Prasekolah Bestari menyediakan kurikulum yang seimbang kepada kanak-kanak selari dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

komputer046.jpg

Kanak-kanak Prasekolah Bestari didedahkan dengan pelbagai  aktiviti 'hands on' sebagai satu cara pembelajaran melalui pengalaman yang bermakna. Gambar menunjukkan kanak-kanak berada di makmal komputer IPKS mendapat didikan penggunaan asas komputer daripada pelatih Prasekolah semester 5 .

komputergirl.jpg

kelas.jpg

prasekolah30.jpg
Interaksi meningkatkan kemahiran sosial kanak-kanak

Institut Perguruan Keningau Sabah 2006