Home | KANAK-KANAK RIANG KANAK-KANAK CEMERLANG | SYARAT KEMASUKAN | KURIKULUM PRASEKOLAH KEBANGSAAN | KURIKULUM PRASEKOLAH BESTARI IPKS | GALLERI | LEARNING STATION | KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN | AKTIVITI SEPANJANG TAHUN | PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK | Hubungi kami ! | PEKELILING PRASEKOLAH

PRASEKOLAH BESTARI INSTITUT PERGURUAN KENINGAU SABAH

LEARNING STATION

1. PENGENALAN

 

 Pelaksanaan Learning Station (LS) di IPKS merupakan satu usaha yang berterusan dalam meningkatkan kualiti maktab dan juga budaya penyebaran ilmu di kalangan warga pendidik sama ada di maktab ataupun  masyarakat sekeliling. Jabatan Ilmu Pendidikan memberi sumbangan dengan memilih Prasekolah Bestari IPKS sebagai satu  sudut LS yang akan dimulakan pelaksanaannya pada tahun 2004 ini .

      

2. RASIONAL

 

Prasekolah Bestari IPKS setelah ditubuhkan mempunyai tradisi kecemerlangan yang menjadi pilihan utama ibu bapa bagi memberi pendidikan awal kepada anak-anak  mereka. Setakat ini program ini telah berjalan lancar dibantu oleh seorang guru terlatih dan diselia di bawah Jabatan Ilmu Pendidikan (JIP).

 

3. MATLAMAT PRASEKOLAH

 

Prasekolah merupakan satu program pendidikan awal kanak-kanak yang telah dimulakan  secara meluas setelah termaktub pelaksanaannya dalam Akta Pendidikan 1996.  Antara matlamat pendidikan prasekolah adalah untuk menyuburkan potensi murid dalam semua aspek pertumbuhan dan perkembangan mereka secara menyeluruh, seimbang dan sepadu. Perkembangan ini meliputi aspek rohani, intelek, emosi dan jasmani.

 

4. KEPENTINGAN PRASEKOLAH SEBAGAI LEARNING STATION

 

 

Antara kepentingan prasekolah dijadikan Learning Station adalah kerana :

 

4.1 Prasekolah merupakan program pendidikan awal kanak-kanak yang penting sekali dalam sejarah perkembangan pendidikan awal.

 

4.2 Learning Station  dapat memberi kesedaran kepada semua pihak  tentang keperluan prasekolah diwujudkan bagi kanak-kanak 6 tahun dan sebelum mereka menjejakkan kaki ke Tahun Satu.

 

4.3 Prasekolah Bestari IPKS adalah ke arah pendidikan bestari dari semua aspek akademik dan kemudahan .

 

4.4 Prasekolah IPKS  mempu memyediakan pelbagai maklumat yang diperlukan sebagai satu sumber rujukan di maktab dan Daerah Keningau ini.

 

 5. PENGISIAN PROGRAM

 5.1 Penambahbaikan keceriaan ruang dalam dan luar

       (2004)

 5.2 Papan kenyataan (2004)

 5.3 Pendidikan muzik ( 2005)

 5.4 Pendidikan Gerko ( 2005)

 

 

 

The right temperature in a classroom is maintained by warm hearts.....Anonymous

1. Penambahbaikan ruang  

Penambahbaikan  ruang dalaman dan luar  prasekolah termasuk pembaikan    dinding, pintu ( depan & belakang) , gril tingkap dan almari menyimpan televisyen perabut baru yang lebih  kondusif dan bersesuaian dengan kanak-kanak prasekolah .

 Mewujudkan sudut pembelajaran yang dikenali sebagai Pusat Pembelajaran ( Learning Station)

  •  Pusat Kognitif
  • Pusat Kemahiran Hidup (Practical Life)
  • Pusat Agama dan Moral
  • Pusat Muzik
  • Pusat Bahasa dan Komunikasi
  • Pusat Permainan Luar
  • Pusat Hasil Kerja ( sudut pameran )
  • Pusat Manipulatif
  • Pusat Main Air dan Pasir
  • Pusat Kreativiti dan Estatika

 

Pusat Pandidikan Islam dan Moral
agamamoral.jpg
aah ..keceriaan dalaman ni pulak oleh pelatih kumpulan prasekolah semester 3 (1)

Pusat Sains
kaktus.jpg
Tumbuhan merupakan bahan pemerhatian semasa membuat eksperimen

Pusat Kreativiti dan Estatika
prasekolah2.jpg
Lipatan merupakan satu latihan perkembangan motor halus kanak-kanak

Macam mana kelas tak ?

tayar.jpg
Pusat permainan luar

Bermain adalah cara hidup kanak-kanak ....

mural.jpg
Mural dibangunan luar prasekolah

buaian.jpg
Kemudahan yang bersih dan ceria

prasekolah0.jpg
Pelatih KPLI Prasekolah melaksanakan keceriaan taman permainan Prasekolah Bestari melalui prog. BIG

gelongsor.jpg

kolam.jpg

Berwarna-warni seperti impian kanak-kanak

 

Learning Station
2. Papan kenyataan

papankenyataan.jpg

Papan kenyataan learning station akan dilengkapi dengan maklumat seperti berikut:

 

6.1.1 Tokoh tokoh awal pendidikan kanak-kanak

Friederich Wilhelm Froebel                     

Maria Montessori       

Imam Al Ghazali  

6.1.2 Matlamat dan objektif penubuhan praskeolah

6.1.3 Sejarah Perkembangan Pendidikan Prasekolah di Malaysia

6.1.4 Kurikulum Prasekolah ( Kementeria Pendidikan Malaysia)

6.1.5 Aktiviti- aktiviti  kanak-kanak Prasekolah

6.1.6 Carta organisasi Jawatankuasa Induk Prasekolah

          

 

KECERIAAN SUMBER INSPIRASI KANAK-KANAK