Home | KANAK-KANAK RIANG KANAK-KANAK CEMERLANG | SYARAT KEMASUKAN | KURIKULUM PRASEKOLAH KEBANGSAAN | KURIKULUM PRASEKOLAH BESTARI IPKS | GALLERI | LEARNING STATION | KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN | AKTIVITI SEPANJANG TAHUN | PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK | Hubungi kami ! | PEKELILING PRASEKOLAH

PRASEKOLAH BESTARI INSTITUT PERGURUAN KENINGAU SABAH

PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Bahagian ini akan menyediakan beberapa maklumat yang berguna untuk tatapan awam dan ibu bapa yang ingin mengetahui lebih lanjut berkaitan dengan pendidikan awal kanak-kanak .

1. PENGESANAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK  

 

1.     Pengesanan  Perkembangan Kanak-kanak Keperluan khas

    

 

  • Semua kanak-kanak adalah istimewa dan unik
  • Cara pengajaran dalam bilik darjah juga perlulah disusun dan dirancang untuk memenuhi keperluan murid – murid yang berbeza.
  • Guru perlu melihat murid secara individu yang berbeza
  • Cara terbaik seorang guru mengenalpasti perkembangan murid dalam bilik darjah adalah dengan melihat perkembangan murid secara menyeluruh – akademik ( kognitif), fizikal ( motor halus & kasar ), sosial, rohani dan psikologi.
  • Kanak-kanak berkeperluan khas perlu diberi bantuan  dalam bilik darjah.
  • Guru yang tidak mahir perlu mendapat bantuan untuk membimbing kanak-kanak keperluan khas.

 

    

1.1 Keperluan Khas

 

·        Limitation on a person’s functioning restricts the individual activities.

·        Sensory and physical disabilities

- visual ( vision problem ) 

- hearing impairment ( menggunakan pendekatan oral – membaca bibir) atau pendekatan manual – isyarat tangan )

·        Physical  disorders

-  cerebral palsy  ( spastic)

-  epilepsy

·        Mental  retardation

-  masalah mental ( intelektual) /  IQ rendah

·        Speech and language disorders

-  masalah menyebut perkataan

-  masalah suara ( terlalu kuat, garau, nyaring, terlalu rendah )

- bahasa berulang-ulang ( Fluency disorders)          

- masalah memahami arahan secara oral

- masalah memberi respon  dalam komunikasi

- masalah mencari tata bahasa yang sesuai dalam komunikasi

·        Emotional and behavioral disorders

- masalah pergaulan

- autisme

- agresif

- kemurungan ( mood disorder)

- ketakutan  ( fear)

- cemas ( anxiety)

·        Kanak-kanak pintar cerdas

- mempunyai keupayaan IQ lebih tinggi daripada kanak-kanak lain

   ( 120 > lebih )

-         menguasai sesuatu kemahiran lebih cepat daripada kanak-kanak lain

-         lebih berdikari dalam aktiviti p & p

-         mempunyai keupayaan memberi fokus kepada aktiviti p & p

-         mempunyai kepimpinan

-         dll

 

1.2 Punca keadaan di atas disebabkan oleh

·        Faktor genetic

·        Persekitaran

·        Kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran  biasanya:

a. di bawah keupayaan normal atau lebih normal dari kanak-kanak lain

          b. mempunyai masalah sekurang-kurangnya satu atau      lebih mata pelajaran akademik

          c. masalah kesihatan yang tidak dapat dikenalpasti puncanya

 

1.3 Pengesanan (Screening)

 

Cara saintifik dan sistematik mengesan sama ada kanak- kanak memerlukan bantuan semasa sesi p & p di bilik darjah .

 

1.4 Proses Pengesanan

 

·        Mengenalpasti kanak-kanak keperluan khas

·        Mengumpul maklumat  

-         kesihatan  kanak-kanak

-         kesihatan ibu bapa

-         penglihatan, pendengaran, tingkah laku  dll

·        Memproses maklumat / data

·        Menganalisis maklumat  / data

·        Mengambil tindakan susulan

·        Dilakukan secara sekali atau berperingkat-pringkat  (periodical)

 

1.5 Alat Pengesanan

 

·        Ujian khas menggunakan instrument

-         Debver Developmental Screening Test (DDST) – lahir-6 tahun

-         Batelle Developmental Inventory (BDI) – lahir – 8 tahun

-         Wechler Preschool & Primary Scale of Intelligence ( WPPSI-R)

-         DIAl-R

-         BRIGANCE  K and 1 – prasekolah – tahun 1

·        Pemerhatian

-         senarai semak

-         rekod anekdot

-         rekod berterusan

-         time sampling

-         soal selidik ibu bapa / penjaga

·        Portfolio murid-

         -    Guru akan menyimpan contoh hasil kerja murid,

              sama ada tulisan, lipatan, bahan projek dll untuk

              melihat perkembangan tertentu murid ( cth. emosi,

              motor halus, sosial dan kognitif)

-         hasil kerja murid disimpan dalam fail khas yang dipanggil portfolio.

·        Kesihatan ibubapa murid

 

 

 

 

SOALAN

1. Apakah kepentingan pengesanan kepada guru prasekolah ?

2. Apakah cara yang paling sesuai bagi guru menjalankan pengesanan perkembangan di prasekolah. Berikan cadangan dan  langkah-langkah mengikut situasi  keperluan khas.

3. Apakah data / maklumat  yang anda perolehi berasaskan pengesanan hasil kerja ( portfolio) kanak-kanak ?

 

 2. Pemerhatian Sebagai Satu Cara Pengesanan 

·        pemerhatian perlu dijalankan berasas matlamat tertentu

·        soalan-soalan yang perlu difikirkan ..

-         kenapa pemerhatian itu dijalankan

-         apakah objektif yang hendak dicapai

-         apakah situasi yang sesuai untuk mengumpul maklumat (setting)

-         apakah focus perkembangan yang hendak diperhatikan

     ( perkembanagn fizikal - motor halus, kasar,

       bahasa, tingkahlaku  bermasalah, kesihatan …)

-         bagaimana merekod maklumat

-         siapa diperhatikan ( individu, kumpulan, beberapa kanak-kanak ..)

-         bagaimana maklumat hendak direkod ( senarai semak, rekod anekdot ..)

-         apa yang perlu dilakukan semasa membuat pemerhatian

-         terdapat perubahan tingkahlaku semasa diperhatikan?

-         Berapa lama masa diperlukan untuk membuat pemerhatian

-event sampling – perlukan masa yang lama

                   - time sampling – masa yang pendek sahaja

 

2.1                         Matlamat pemerhatian

          -    Antara matlamat membuat pemerhatian :

-         sebagai satu latihan professional

-    pengalaman

-         mengenalpasti tingkah laku kank-kanak

-         membuat keputusan  contoh kesesuaian perabut dalam kelas, alat permainan, ruang dll

-         keberkesanan pengajaran dan pembelajaran

·        Objektif pemerhatian perlulah  bersesuaian dengan persekitaran dan  sumber

 

2.2 Pendekatan pemerhatian

·        Terdapat pelbagai cara melakukan pemerhatian :

-         participant observation – terlibat dengan sample

-         without being seen – behind mirror

-         in distance – present in the situation

-         jarak dekat – cth . mengesan pertuturan murid

pemerhati perlu mencatat dan bersemuka dengan kanak-kanak untuk mengumpul maklumat dengan tepat dan jelas.

2.3  Faktor-faktor yang mempengaruhi pemerhatian

·        sensitive dengan situasi dan keadaan emosi kanak-kanak

·        personaliti pemerhati

·        pengaruh setting – bahan , persekitaran , ruang …dll

 

2.4 Apa yang hendak dilakukan semasa membuat pemerhatian

·        memilih kedudukan  yang sesuai

·        membuat catatan

 

2.5 Ralat dalam pemerhatian

 

·        silap merekod peristiwa yang melibatkan tingkah laku

·        tidak cekap mencatat maklumat ( tidak dilakukan serta merta)

·        menambah maklumat yang tidak wujud

·        keletihan dalam pemerhatian

·        gangguan cth .  bunyi dari persekitaran

·        ketidak selesaaan

·        personaliti pemerhati ( cth. perihatin & sabar?)

·        sikap bias  ( biases) dalam pemerhatian

·        kesesuaian tempat / situasi

 

2.6 Pemerhatian individu dan kumpulan

    

          Kumpulan

- sekumpulan kanak-kanak yang mempunyai matlamat

  yang sama   dan homogeneous  ( umur dan tahap

  perkembangan )

- sulit mencatat perbualan

- sesuai menggunakan rakaman video

- untuk 2 kanak-kanak – perhatian mestilah silih berganti

  sepanjang masa.

- sesuai untuk memerhatikan tingkah laku dalam

  kumpulan dan bukan individu .

 

Komponen kumpulan

·        karakter ahli kumpulan ( member characteristic) – umur , bangsa ,  etnik , budaya dan agama .

             - ianya mempengaruhi output  aktiviti dalam   

               kumpulan .

·        tingkah laku ahli  ( member behavior)

·        tingkah laku kontekstual ahli – hubungan antara ahli  kumpulan sebagai satu sistem ( norma)

              

2.7 Langkah-langkah pemerhatian

·        tentukan perkara yang hendak diperhati

·        merekod maklumat dengan lengkap

·        merekod serta merta semasa pemerhatian

·        hadkan satu rekod untuk 1 peristiwa sahaja

·        rekod fakta yang tepat dan tidak membuat interpretasi

·        rekod peristiwa positif dan negative

 

2.8 Kaedah pemerhatian ( methods)

·        kaedah bermaksud ‘ how to do it '  dan seluruh proses yang terlibat dengan pemerhatian, prosedur  pemerhatian

- tingkah laku – behavior

          - setting dan situation

·        normal dan tidak formal

-         normal – dilakukan secara teratur, terancang dan sistematik

-         tidak formal - melalui aktiviti dan situsai semasa

 

Teknik / kaedah  merekod dan membuat pemerhatian tingkah laku

 

·        penulisan narrative ( narrative description)

-         menggunakan huraian yang panjang dan terperinci

-         on the spot

-         khusus kepada tingkah laku

-         tanpa gangguan,  interpretasi  atau penilaian

-         boleh dilaksanakan melalui video, audio atau pemerhatian terus

-         cth:

        

                   masa: 9.20 pagi : Ali tiba lebihkurang 35 minit setelah rakan-rakan lain tiba di sekolah . Ia meletakkan begnya di rak beg dan terus berdiri di sebelah rak beg dan melihat  rakan-rakannya . Ia melihat rakan dan keadaan persekitaran bilik darjah. Ia tidak bergerak selama 1 minit . Ia hanya mengerakkan matanya selama ia berdiri dan melihat terus ke arah rakan-rakannya melakukan aktiviti dalam bilik darjah .

tamat : 9.22 pagi

 

               

              kebaikan penulisan narrative

-         gambaran penuh tentang peristiwa sebenar

-         menjadi data mentah yang boleh diguna semula

-         mencatat perbualan yang berguna untuk penilaian

           kelemahan

-         memerlukan masa dan tenaga yang lama

-         data perlu diproses untuk mendapat maklumat

-         teknik skala tidak digunakan untuk mencatat ulangan tingkah laku

-         memerlukan kecekapan mencatat dan memerhati

 

·        time sampling

-         pemerhati mencari satu masa tertentu  dan tingkah laku yang sesuai untuk dijadikan sample

-    pemerhatian yang bertujuan untuk mencatat kekerapan sesuatu tingkahlaku berulang / berlaku .

     Contoh tingkah laku yang diperhatikan ialah seprti bergaduh , bertengkar dan  panas baran ( aggresif) Tingkahlaku yang diperhatikan pada masa itu  merupakan 'samples'

-    Memberi maklumat yang terperinci berkaitan tingkahlaku yang diperhatikan . .

-         cth. Dalam kelompok 15 murid, pemerhati akan memperuntukkan selama 3 minit untuk setiap kanak-kanak sehingga semua kanak-kanak di buat pemerhatian.

-         biasanya menggunakan senarai semak / koding dan mudah digunakan semasa membuat pemerhatian .

          kebaikan

-         mudah digunakan khusus untuk pelbagai tingkahlaku

-         tidak memerlukan belanja tinggi

-         jimat masa

-         data mempunyai kebolehpercayaan tinggi

·        event sampling

-         pemerhati memillih event/ tingkah laku sebagai sample  untuk diperhati  semasa membuat pemerhatian Cth : tingkah laku sosial

-   Cara ini digunakan sekiranya sesuatu tingkah laku itu tidak selalu dipamerkan oleh murid semasa time sampling dilakukan.

-   Pemerhati biasanya akan menunggu berlakunya 'tingkah laku ' yang hendak diperhatikan berlaku dan mencatat peristiwa tersebut untuk dianalisis.

-         maklumat boleh ditulis secara naratif atau menggunakan koding

     ( senarai semak )

-         catatkan sama ada event / tingkah laku wujud dalam masa pemerhatian

-         tingkah laku yang tidak menjadi  focus tidak diambil kira ( senarai semak ) , namu jika menggunakan  penulisan naratif semua perkara perlu dicatat

  •   rekod anekdot

-         maklumat murid di rekod secara berterusan mengikut tahap dan boleh disambung oleh guru lain.

-         melalui pemerhatian terus

-         mencatat tingkahlaku murid sama ada normal atau bermasalah

-         catatan pemerhatian diasingkan dengan tafsiran.

-         pemerhati hanya perlu memerhati dan mencatat tingkah laku murid yang wujud  pasa masa pemerhatian.

-         mencatat perubahan yang berlaku dalam tingkah laku murid

-         membantu guru memahami  perkembanagn murid dari semasa ke semasa

 

·        rekod frekuensi

-         merekod tingkah laku murid menggunakan frekuensi. ( mencatat / sebagai kekerapan )

-         mudah digunakan dan ditafsir

-         menyediakan maklumat/ data yang mudah difahami

-         carta bar. cth : 20 % ali terlibat dengan aktiviti koperatif, 30% solidarity  dan 50% secara unoccupied

 

·        rekod harian

-         mencatat perkembangan murid  bagi satu jangka masa yang panjang.

-         tertumpu kepada tingkah laku yang baru berbanding yang sedia ada ( perkembangan)

-         step by step progress over a period of time

-         satu cara yg informal

 

·        senarai semak ( check list)

-         specific behavior

-         given content- sebahagaian daripada tingkah laku itu wujud dalam pemerhatian

 

·        skala  ( rating scale)

-         menggunakan skala cth: cemerlang, sangat baik, baik,

     sederhana, lemah

 

    

 


Prasekolah Bestari Institut Perguruan Keningau Sabah